Sunday, 12 February 2012

the right way :)

assalamualaikum folkss ,

tadi i heard a ceramah , ustaz tuh awesome gilaa :) and dia ada mnyampaikan di mana Rasulullah SAW bersabda , barangsiapa yang mencintai Allah , maka ikutlah aku .
and ustaz tuh ada cakap jugaa kita sebagai umat diaa selalu cakap kita sayang Baginda apa semuaa but at the end of the day , kita tak follow pun apaa yang Rasulullah buat kan kan kan ?
so i would love to share the 7 things that Prophet Muhammad SAW practice daily :

1 . menunaikan solat tahajjud

Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Tuhan Kami, Pemberi Berkat, Yang Maha Kuasa, turun setiap  malam hingga ke langit yang paling dekat dengan kita (langit dunia) pada akhir 1/3 malam dan Dia berfirman ; Sesiapa yang berdoa kepadaKu, akan Aku Kabulkan. Sesiapa yang meminta sesuatu dariKu, akan Kuberikan. Sesiapa yang memohon kemapunan kepadaKu, akan Aku ampunkan. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-
 * Jauh daripada segala penyakit
* Lahir kesan taqwa pada wajahnya
* Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia
* Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)
* Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
* Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
* Dipermudahkan hisab
* Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat
* Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Rasulullah S.A.W pernah ditanya, “Solat apakah yang paling utama selepas solat lima waktu?” Beliau menjawab dengan tegas, “Solat malam!” (Hadis Riwayat Muslim).

Beberapa keutamaan yang diperoleh oleh para pengamal solat malam adalah seperti berikut:
1. Tercatat sebagai orang yang baik dan berhak mendapat anugerah rahmatnya (Surah adz-Dzariyat ayat 15 hingga 18).
2. Mendapat penyempurnaan di atas kekurangan dalam ibadat wajibnya, hingga dapat menempati darjat yang terpuji (Surah al-Israk ayat 79).
3. Mendapat pujian daripada Allah (Surah al-Furqan ayat 63 hingga 64).
4. Dilihat sebagai orang yang beriman (Surah as-Sajadah ayat 16).
5. Darjatnya dibezakan dengan orang yang malas (Surah az-Zumar ayat 9).


2 . menunaikan solat subuh secara berjemaah

Rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi mereka yang munafik ialah solat Isyak dan solat Subuh, kalaulah mereka tahu kelebihan kedua-duanya nescaya mereka akan datang melaksanakannya meskipun dalam keadaan merangkak.” (HR Bukhari dan Muslim)

3 . membaca Al-Quran

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

4 . menunaikan solat Dhuha
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
"siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah , akan diampuni dosanya oleh Allah , sekalipun dosa itu seluas lautan " .
solat Dhuha juga merupakan kunci bagi pintu rezeki :) 
5 . bersedekah

[Mafhumnya] Bentengilah hartamu dengan zakat, ubati orang-orang sakit (dari kalanganmu) dengan Bersedekah dan persiapkan doa untuk menghadapi datangnya bencana.
(Hadis Riwayat: Imam Ath-Thabrani)

6 . beristighfar

“Dan pohonlah ampun bagi dosamu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.”

(Surah al-Mu’min:55)

7 . sentiasa dalam keadaan berwuduk

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah (SAW)) bersabda:
“Sesiapa yang berwuduk (mahu mendapat) kesucian, Allah pasti menetapkan baginya dengan 10 kebaikan,” (Hadis Riwayat Abu Daud).

marilah kita beramal dengan ajaran Rasulullah , maaf jika ada salah dan silap for the information di atas , saya pun masihh belajar (: lets together make a better tomorrow insyaAllah , sekiann .